Cari:
Russia Umum Sekatan Ekonomi terhadap Turki
2015-11-29 14:42:03 CRI Cetak

Presiden Russia, Vladimir Putin semalam menandatangani satu dekri yang membenarkan beberapa tindakan sekatan ekonomi diambil terhadap Turki susulan insiden sebuah jet pejuang jenis Su-24 milik Rusia ditembak jatuh Turki, Selasa lalu.

Dekri tersebut bertujuan untuk memastikan keselamatan negara dan melindungi warga negara itu daripada aktiviti jenayah dan sebarang bahaya lain.

Dalam laman web Kremlin, sekatan berkenaan termasuk larangan mengadakan penerbangan tempahan antara kedua-dua negara, pengawasan ketat terhadap operasi syarikat pengangkutan Turki di Rusia, dan larangan kapal-kapal dari Turki berlabuh atau belayar berdekatan perairan Rusia.

Bermula 1 Januari depan, warga Turki, kecuali pegawai diplomat dan anggota keluarga mereka serta pemegang permit tinggal sementara, dilarang memasuki Rusia.

Menurut kandungan dekri yang dikeluarkan Kremlin, ahli perniagaan Russia juga dilarang mengambil sebarang kakitangan baharu warga Turki dan mengetatkan pemberian visa.

Susulan sekatan Moscow tersebut, Kementerian Luar Turki dalam kenyataan semalam menasihati warga negara itu menangguhkan perjalanan ke Rusia, jika tiada sebarang kecemasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China