Cari:
3 Maut Serangan Terhadap Pangkalan PBB di Mali
2015-11-29 14:49:02 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan roket ke atas pangkalan Misi Penstabilan Bersepadu Berbilang Dimensi PBB di Mali (MINUSMA), di utara Kidal, pagi semalam, yang mengakibatkan tiga orang anggota pengaman terkorban, manakala 20 lagi serta orang awam turut cedera.

UNSC menggesa kerajaan Mali supaya segera menjalankan siasatan untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dalam serangan itu dan membawa mereka ke muka pengadilan. Mengikut Undang-undang Antarabangsa, perbuatan menyerang anggota pengaman PBB merupakan jenayah perang.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataan menerusi jurucakapnya menegaskan bahawa serangan seumpama itu tidak akan menghalang usaha PBB untuk membawa kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat Mali.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China