Cari:
Tentera Syria Nafi Kematian Orang Awam dalam Serangan Udara Rusia
2015-11-30 11:41:44 CRI Cetak

Tentera Syria semalam menyatakan, pesawat pejuang Rusia akan membuat tinjauan dengan menggunakan teknologi maju sebelum melancarkan serangan udara. Oleh itu, tentera Syria menganggap bahawa serangan udara Rusia tidak akan menyebabkan kematian orang awam.

Menurut pihak tentera Syria, serangan udara Syria dan Rusia menyasarkan kumpulan ekstrimis, namun kumpulan itu selalu menyifatkan anggota kumpulan ekstrimis yang terbunuh dalam serangan itu sebagai orang awam.

Berdasarkan laporan TV Al Jazeera, sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam serangan udara yang disyaki dilancarkan oleh Rusia di sebuah pasar di bandar Ariha, wilayah Idlib.

Bandar Ariha merupakan kawasan yang dikawal oleh pakatan antikerajaan.

Pada hari yang sama, penasihat hal-ehwal luar kepada pemimpin tertinggi Iran, Ali Akbar Velayati yang dalam rangka lawatan ke Syria menegaskan bahawa Iran akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan sah Syria yang dipimpin oleh Bashar Al-Assad, dan menganggap sokongan ini sebagai kewajipan Iran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China