Cari:
Obama Optimistik terhadap Persidangan Paris
2015-11-30 14:37:11 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam menyatakan beliau optimistik terhadap Persidangan Pihak-pihak Pemateri ke-21 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perubahan Iklim (UNFCCC) untuk mencapai perjanjian.

Menurut beliau, serangan keganasan tidak dapat menghalang masyarakat antarabangsa untuk membina masa depan yang lebih cerah kepada generasi-generasi yang akan datang.

Menerusi akaun laman sosial Facebook, Obama menyatakan, pelbagai negara telah mengemukakan rancangan untuk mengurangkan pelepasan bahan yang mengakibatkan perubahan iklim.

Beliau berharap agar matlamat rangka kerja jangka panjang tentang pengurangan pelepasan karbon yang telah ditetapkan oleh negara masing-masing dapat dicapai.  

Tambah beliau lagi, sidang ini juga akan menyokong negara yang paling lemah untuk meningkatkan pembangunan tenaga bersih, di samping menyesuaikan diri dengan pengaruh perubahan iklim yang tidak dapat dielakkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China