Cari:
Persidangan UNFCCC Dirasmikan
2015-11-30 14:38:02 CRI Cetak

Persidangan UNFCCC Dirasmikan Persidangan Pihak-pihak Pemateri ke-21 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perubahan Iklim (UNFCCC) dirasmikan hari ini.

Delegasi pelbagai negara mengadakan rundingan akhir tentang draf perjanjian iklim Paris semalam supaya diluluskan pada penghujung minggu ini, dan membuat persiapan bagi rundingan peringkat menteri nanti.

Menteri Luar Perancis, dan juga Presiden persidangan UNFCCC kali ini, Laurent Fabius berkata, perunding pelbagai negara patut mengurangkan perselisihan dan mencapai kemajuan dalam pelbagai isu. Dengan itu, satu perjanjian yang dimeterai oleh semua pihak dapat dicapai ketika persidangan ini berakhir pada 11 Disember nanti.

Setakat ini, pelbagai pihak masih mempunyai perselisihan yang besar dalam beberapa aspek seperti tanggungjawab pengurangan pelepasan, bantuan kewangan dan sokongan dana dan teknologi oleh negara-negara maju kepada negara membangun, pembaharuan pelan tindakan, dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China