Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Paris hari ini menyatakan bahawa China dan AS perlu mengekalkan hala tuju hubungan dua hala yang betul, tidak berkonflik atau berkonfrontasi, saling menghormati, menjalinkan kerjasama yang saling menguntungkan, meningkatkan kerjasama dan komunikasi pelbagai peringkat dan bersama-sama menggalakkan matlamat Persidangan Pihak-pihak Pemateri ke-21 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perubahan Iklim (UNFCCC) tercapai.
Beliau menegaskan, China dan AS perlu bersama-sama menjamin hubungan dua hala berkembang secara sihat dan stabil, memelihara kedamaian, kestabilan dan kemakmuran Asia Pasifik dan seluruh dunia.