Cari:
Persepakatan Dicapai dalam CHOGM
2015-11-30 11:57:41 CRI Cetak

Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-24 berakhir di Valleta, ibu negara Malta semalam.

Ketua-ketua Kerajaan Komanwel telah mencapai persepakatan tentang isu perubahan iklim, ekstremisme dan radikalisme, migrasi dan pembasmian penyakit poliomielitis.

Pernyataan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel mengenai perubahan iklim yang menyentuh tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan-kerajaan dunia bagi menangani perubahan iklim turut dikeluarkan dalam mesyuarat kali ini.

Dalam pada itu, Pusat Dana Iklim Komanwel akan ditubuhkan bagi menyalurkan bantuan kepada negara-negara mundur dan negara-negara kepulauan membangun yang mudah terjejas. Negara-negara maju seperti Kanada, Britain dan Australia berjanji akan memberikan bantuan kewangan kepada negara-negara membangun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China