Cari:
42 Anggota IS Ditembak Mati di Iraq
2015-11-30 14:18:04 CRI Cetak

Sebanyak 42 anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) ditembak mati dalam pertempuran dan serangan udara di Iraq semalam.

Seorang pegawai dari wilayah Anbar yang enggan namanya didedahkan menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 12 anggota IS ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan tentera Iraq dan puak Syiah di Ramadi.

Pasukan tentera udara Iraq turut mengebom markas IS di kawasan timur bandar Hadissa, 200 kilometer dari barat Baghdad yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 anggota IS maut.

Dalam pada itu, pesawat pejuang "Liga Antarabangsa" yang diketuai Amerika Syarikat (AS) telah mengebom satu lagi markas IS di bandar Fallujah, 50 kilometer dari barat Baghdad yang mengakibatkan sekurang-kurang 12 anggota IS maut dan 21 lagi cedera.

Pasukan tentera Iraq telah melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran bagi menawan semula Ramadi sejak awal November lalu, kini telah menduduki beberapa kawasan di sekitar bandar Ramadi, yang terletak kira-kira 110 kilometer ke barat laut Baghdad dan mengepung bandar itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China