Cari:
Xi Jinping Hadiri Majlis Perasmian Persidangan UNFCCC
2015-12-01 09:30:57 CRI Cetak

Presiden China Xi Jinping menghadiri majlis perasmian Sesi Ke-21 Persidangan Pihak-pihak (COP-21) kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFFCC) dan menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Bergandingan tangan membina mekanisme kawalan perubahan iklim yang saling menguntungkan, adil dan rasional".

Beliau menyeru pelbagai pihak menunjukkan keikhlasan dan keyakinan, bersatu padu untuk menggalakkan pembinaan mekanisme menangani perubahan iklim global yang adil dan berkesan, mewujudkan pembangunan global yang mampan dan membina kerjasama menang-menang dalam hubungan antarabangsa.

Xi berkata, UNFCCC harus menggalakkan pelaksanaan Konvensyen Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim serta mencapai perjanjian yang komprehensif, seimbang efektif dan mempunyai kuasa mengikat pihak-pihak terbabit. China sentiasa aktif menyertai usaha menangani perubahan iklim global dan merupakan negara besar pertama yang menggunakan tenaga baharu atau tenaga yang boleh dikitar semula.

Menurut Xi, China akan melaksanakan konsep pembangunan inovasi, koordinasi, terbuka dan berkongsi idea pembangunan serta membentuk pembangunan yang harmoni dengan alam sekitar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China