Cari:
Xi Jinping Ditemui Dilma Rousseff
2015-12-01 10:38:08 CRI Cetak

vPresiden China, Xi Jinping menemui rakan sejawatnya dari Brazil, Dilma Rousseff di Paris semalam.

Xi menyatakan bahawa China dan Brazil merupakan rakan kerjasama yang penting. Sebagai negara membangun besar dan anggota BASIC, China dan Brazil mempunyai banyak kepentingan bersama dalam isu perubahan iklim. Kedua-dua pihak harus merapatkan koordinasi dan kerjasama, memanfaatkan kelebihan masing-masing untuk menggalakkan Sesi Ke-21 Persidangan Pihak-pihak (COP-21) kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFFCC) mencapai pencapaian yang komprehensif, seimbang dan berkesan serta memelihara perpaduan dan kepentingan negara-negara membangun.

Rousseff bersetuju dengan pandangan Xi mengenai hubungan China-Brazil dan berasa gembira dengan kemajuan yang dicapai dalam projek kerjasama pengangkutan dan pelabuhan serta projek-projek penting yang lain. Beliau berkata, Brazil menyokong China sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) pada tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China