Cari:
RMB Tersenarai dalam SDR
2015-12-01 15:53:20 CRI Cetak

Bank Rakyat China mengeluarkan kenyataan hari ini mengalu-alukan keputusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk memasukkan mata wang Renminbi (RMB) dalam kelompok mata wang Hak Pengeluaran Khas (SDR) yang akan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2016.

IMF semalam memutuskan untuk memasukkan RMB dalam kelompok mata wang SDR bersama-sama dengan dolar Amerika Syarikat (USD), euro, Yen Jepun dan paun Britain, dan berat kelompok mata wang SDR merangkumi RMB 10.92 peratus, USD 41.73 peratus, euro 30.93 peratus, yen Jepun 8.33 peratus, paun Britain 8.09 peratus.

Menurut kenyataan Bank Rakyat China, keputusan IMF adalah pengiktirafan kepada hasil yang dicapai dalam perkembangan ekonomi serta pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka China. Kemasukan RMB ke dalam SDR bermanfaat untuk menyempurnakan sistem mata wang antarabangsa dan merupakan keputusan menang-menang bagi China dan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China