Cari:
Xi Jinping Mulakan Lawatan di Zimbabwe
2015-12-01 18:02:30 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping tiba di Harare pagi ini untuk mengadakan lawatan rasmi di Zimbabwe.

Ketika berucap sejurus tiba di lapangan terbang, Presiden Xi berkata, China dan Zimbabwe merupakan rakan serba cuaca. Persahabatan tradisional yang dijalinkan oleh Presiden Zimbabwe Robert Mugabe dan pemimpin China terdahulu merupakan khazanah bersama kedua-dua negara.

Sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 35 tahun yang lalu, China dan Zimbabwe sentiasa bersama-sama pada waktu susah dan senang, kerjasama kedua-dua negara telah membuahkan hasil dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi dan perdagangan, serta sosiobudaya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China