Cari:
Masyarakat Antarabangsa Sanjung Tinggi Ucapan Xi Jinping pada UNFFCC
2015-12-01 18:28:42 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menghadiri majlis perasmian Persidangan Pelbagai Pihak ke-21 (COP-21) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFFCC) dan menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Berpimpinan tangan membina mekanisme kawalan perubahan iklim yang saling menguntungkan, adil dan rasional".

Petugas Projek Tenaga dan Iklim Global, Tabung Alam Sedunia (WWF), Samantha Smith berkata, Presiden Xi menyatakan bahawa pihaknya akan memulakan 100 buah projek pengurangan dan pengubahsuaian berkaitan dengan perubahan iklim dan 1000 buah projek kerjasama bagi menangani perubahan iklim di negara-negara membangun bermula tahun depan. Diharap tindakan China tersebut menjadi contoh kepada negara maju dan menggalakkan negara maju mengambil lebih banyak tindakan membantu negara membangun untuk menghadapi perubahan iklim.

Pengarah Pengajian Projek Iklim Institut Sumber Dunia, Jennifer Morgan berkata, ucapan Xi menunjukkan iltizam China untuk berusaha bersama-sama dengan pelbagai negara bagi menghadapi perubahan iklim. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa China telah bersiap sedia untuk memainkan peranan penting bagi mewujudkan persepakatan mengenai isu utama dalam UNFFCC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China