Cari:
Xi Jinping Ditemui Robert Mugabe
2015-12-02 09:55:44 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe di Harare semalam. Pemimpin kedua-dua negara menyanjung tinggi persahabatan tradisional, bersama-sama menggariskan hala tuju perkembangan hubungan dua hala pada masa depan dan mencapai persepakatan penting untuk meningkatkan kerjasama pragmatik. 

Presiden Xi berkata, China dan Zimbabwe merupakan rakan sepanjang masa. Persahabatan tradisional yang dijalinkan oleh Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe dan pemimpin China terdahulu merupakan khazanah bersama kedua-dua negara.

Xi menegaskan, China akan terus bersikap jujur dan ikhlas terhadap Afrika serta bersama-sama mengembangkan hubungan dua hala secara sama rata dan saling menyokong. China akan terus menyokong Zimbabwe memelihara kedaulatan, keselamatan dan hak pembangunan serta menyokong Zimbabwe memainkan peranan yang lebih penting dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau. China bersedia untuk meningkatkan penyelarasan dan koordinasi tentang isu-isu penting seperti agenda pembangunan mampan 2030, meningkatkan kerjasama dalam pertubuhan antarabangsa bagi memelihara hak dan kepentingan negara membangun dan menggalakkan pendemokrasian hubungan antarabangsa.

Mugabe menyanjung tinggi usaha China yang sentiasa bersikap tulus ikhlas terhadap negara Afrika termasuk Zimbabwe dan berbesar hati atas bantuan China kepada negara itu dalam pelbagai bidang. Mugabe berharap dapat menimpa pengalaman pembangunan China dan meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang pertanian, perindustrian, infrastruktur, dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China