Cari:
Dialog Peringkat Tinggi Perangi Jenayah Siber China-AS di Washington
2015-12-02 15:57:55 CRI Cetak

Dialog Peringkat Tinggi Perangi Jenayah Siber China-Amerika Syarikat (AS) yang pertama diadakan di Washington semalam.
Dialog tersebut dipengerusikan bersama oleh ahli Dewan Negara China, Guo Shengkun dan Setiausaha Jabatan Peguam Negara AS, Loretta Lynch, Setiausaha Jabatan Keselamatan Tanah Air AS, Charles Johnson.

Guo Shengkun menyatakan bahawa China dan AS mempunyai kepentingan bersama dalam memelihara keselamatan siber dan berkeupayaan untuk mengubah perselisihan kepada bidang kerjasama yang baharu. Guo menegaskan, kerjasama penguatkuasaan undang-undang keselamatan siber China-AS telah memasuki fasa baharu pada ketika ini. Kedua-dua pihak perlu menyelesaikan masalah melalui kerjasama pragmatik dan komunikasi yang telus ikhlas. China bersedia untuk bersama-sama dengan AS untuk menggalakkan penubuhan mekanisme kerjasama penguatkuasaan keselamatan siber berdasarkan prinsip "timbal balik, ikhlas dan pragmatik".


Loretta Lynch dan Charles Johnson menyatakan, sebagai dua entiti ekonomi terbesar di dunia, AS dan China mempunyai kepentingan bersama dalam keselamatan siber. AS bersedia untuk bersikap terbuka dan membina demi mengintensifkan pertukaran maklumat dan bersama-sama memerangi keganasan siber dan jenayah pengintipan komersial.
China dan AS telah mencapai konsensus tentang "Panduan Memerangi Jenayah Siber dan Perkara Berkaitan", menubuhkan mekanisme talian penting dan mencapai persepakatan dalam kerjasama antikeganasan siber, latihan penguatkuasaan undang-undang, dan lain-lain.
 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China