Cari:
Ban Ki-moon Seru Perangi AIDS
2015-12-02 16:03:48 CRI Cetak

Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon menyampaikan ucapan sempena "Hari AIDS Sedunia" semalam dan menyeru masyarakat antarabangsa bersama-sama memerangi penyakit AIDS daripada pelbagai usaha termasuk pencegahan, rawatan dan pendidikan untuk mengakhiri epidemik AIDS.

Ban Ki-Moon berkata, pemimpin pelbagai negara telah komited untuk menamatkan penularan AIDS selewat-lewatnya pada tahun 2030 dalam matlamat pembangunan mampan yang diluluskan pada September tahun ini.

Beliau juga menyeru masyarakat agar bersama-sama menyediakan saluran pendidikan kepada kanak-kanak perempuan dan wanita muda agar tidak dijangkiti virus HIV serta menyediakan perkhidmatan yang komprehensif kepada pesakit AIDS dengan sikap hormat dan bermaruah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China