Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvejev, menandatangani dekri Presiden yang menggesa agensi-agensi Rusia berkenaan mengenakan sekatan terhadap Turki.
Menurut dekri itu, bermula 1 Januari 2016, pengecualian visa terhadap warga Turki ditarik balik, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, itik dan produk garam dilarang diimport dari Tukri, kecuali untuk kegunaan individu yang dibenarkan menurut akta Kesatuan Ekonomi Eurasia (EEU), sijil kebenaran pengangkutan antara Rusia dengan Turki dihadkan tidak melebihi 2000 buah dan sekiranya perlu akan dimansuhkan sebahagian atau kesemuanya.
Dalam pada itu, penerbangan sewa khas dilarang melalui laluan Rusia-Turki, projek pelaburan komersial, rundingan pelaburan perniagaan, tabung pelaburan bersama dan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kerajaan kedua-dua negara turut dibekukan, selain kerjasama dalam bidang sains dan teknologi serta kebudayaan turut dihentikan buat sementara waktu.