Cari:
Pasukan Jerman Sertai Operasi Banteras IS
2015-12-02 14:12:57 CRI Cetak

Kabinet Jerman memberikan mandat kepada pasukan tentera pertahanan negara itu untuk mengambil bahagian dalam operasi membanteras kumpulan militan Negara Islam (IS).

Menurut dokumen berkenaan, IS mengancam keamanan dan keselamatan dunia. Jerman membuat keputusan ini berdasarkan fasal hak pertahanan kolektif Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan prinsip saling membantu dalam konvensyen Kesatuan Eropah. Tindakan itu dijalankan di bawah rangka "sistem keselamatan kolektif" Undang-undang Asas Jerman.

Jerman akan menghantar 1200 askar untuk memberikan sokongan kepada operasi Perancis dan Iraq dalam membanteras IS.

Sekiranya mandat ini diluluskan selepas dibahaskan dalam Bundestag Jerman, operasi tersebut akan menjadi operasi penghantaran pasukan tentera ke luar negara berskala paling besar negara itu setakat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China