Persidangan Pelbagai Pihak ke-21 (COP-21) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFFCC) memasuki fasa rundingan semalam berikutan pemimpin pelbagai negara melahirkan komitmen politik untuk bersama-sama menghadapi perubahan iklim.
Perwakilan dari hampir 200 buah negara telah mengadakan rundingan untuk memuktamadkan draf akhir perjanjian iklim Paris yang dijadualkan pada 5 Disember ini.