Cari:
14 Terbunuh Tembakan di California
2015-12-03 11:28:43 CRI Cetak

Peristiwa penembakan berlaku di bandar San Bernardino, selatan California Amerika Syarikat (AS) semalam. Berdasarkan statistik awal polis, kejadian itu mengakibatkan sekurang-kurang 14 orang terbunuh, dan 14 lagi cedera.

Menurut polis tempatan, kes tembakan berlaku di sebuah pusat pemulihan yang bernama "the Inland Regional Center" pada pukul 11 pagi waktu tempatan. Ketua Polis bandar San Bernardino, Jarrod Burguan berkata, terdapat ratusan orang berada di pusat itu apabila kejadian tembakan berlaku. Penembak telah melarikan diri. Sekarang, kes tersebut sedang disiasat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China