Cari:
China AS Bersama Perangi Jenayah Siber
2015-12-03 15:25:23 CRI Cetak

Dialog Peringkat Tinggi Perangi Jenayah Siber China-Amerika Syarikat (AS) yang pertama diadakan di Washington pada 1 Disember lalu. Dialog tersebut dipengerusikan bersama oleh Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun dan Setiausaha Kehakiman AS, Loretta Lynch, serta Setiausaha Keselamatan Tanah Air AS, Charles Johnson.

Kedua-dua pihak berpendapat, dialog peringkat tinggi tentang usaha memerangi jenayah siber China-Amerika Syarikat adalah langkah untuk melaksanakan hasil pertemuan Presiden China Xi Jinping dengan Presiden AS Barack Obama.

Kedua-dua pihak bersetuju tentang "Prinsip Panduan Memerangi Jenayah Siber China-AS", mengadakan interaksi dalam pengalaman memerangi jenayah siber, menubuhkan mekanisme talian penting dalam usaha memerangi jenayah siber, dan menjalankan kerjasama dalam kes jenayah siber.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China