Cari:
Album Gambar "Memperingati Sejarah, Memelihara Kedamaian - Ulang Tahun Ke-70 Kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia"
2015-12-03 17:38:41 CRI Cetak

Album Gambar "Memperingati Sejarah, Memelihara Kedamaian - Ulang Tahun Ke-70 Kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia"

Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia, Vladimir Putin masing-masing mengutus perutusan demi penerbitan album gambar "Memperingati Sejarah, Memelihara Kedamaian - Ulang Tahun Ke-70 Kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia" baru-baru ini.

Xi Jinping menyatakan, China dan Rusia merupakan medan perang utama di Asia dan Eropah semasa Perang Dunia Kedua, rakyat di kedua-dua negara ini telah membuat pengorbanan besar demi kemenangan tersebut. Jumlah kematian dan kecederaan melebihi 35 juta.

Beliau mengatakan, rakyat China dan Rusia akan bersama-sama memelihara kedamaian, berusaha sedaya-upaya untuk mempertahankan fakta sejarah dan memberi sumbangan yang lebih besar demi keamanan dan pembangunan dunia.

Putin berkata, album gambar tersebut mencatatkan sejarah rakyat China dan Rusia bersama-sama menentang musuh yang kejam, di samping mencerminkan rakyat menghargai kedamaian dan semangat mengorbankan diri.

Katanya, sesetengah negara berniat untuk memutarbelitkan fakta sejarah sekarang, menghasut perselisihan baharu. Maka, album tersebut amat penting dan pasti akan menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan meningkatkan kerjasama Rusia-China dalam bidang kebudayaan dan kemanusiaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China