Cari:
Xi Jinping Hadiri Jamuan Keraian Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika
2015-12-04 12:52:08 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan isterinya, Peng Liyuan menghadiri jamuan keraian sempena Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika di Johannesburg, Afrika Selatan semalam.

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma ketika berucap pada jamuan itu berkata, Afrika dan China telah membentuk perkongsian strategik yang unik, Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika kali ini pasti akan melonjakkan hubungan Afrika-China ke suatu tahap yang lebih tinggi.

Presiden Xi dalam ucapannya berkata, China dan Afrika mempunyai kelebihan masing-masing dan boleh saling melengkapi. China bersedia mengeratkan hubungan kerjasama dengan Afrika supaya meningkatkan pembangunan ekonomi dan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China