Cari:
Hungary Bantah Sistem Kuota Mandatori EU
2015-12-04 12:54:39 CRI Cetak

Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban mengumumkan semalam, negara itu telah menyerahkan rayuan kepada Mahkamah Eropah untuk menentang sistem kuota mandatori Kesatuan Eropah (EU) untuk mengagihkan pendatang yang memasuki Eropah.

Orban menyifatkan tindakan membuka sempadan EU dan menerima pendatang sebagai tindakan yang amat berisiko.

Beliau berkata, Slovakia telah menyerahkan rayuan yang serupa kepada Mahkamah Eropah pada 2 Disember lalu.

Dalam perkembangan yang lain, Perdana Menteri Britain, David Camaron memberitahu media, kunci untuk menyelesaikan masalah pelarian adalah meningkatkan kawalan sempadan luar EU. EU perlu mencari dasar yang menyeluruh untuk menyelesaikan masalah pelarian Syria, di samping mengenalpasti dan menghantar pulang pendatang haram. Negara-negara EU juga perlu meningkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat perisikan untuk menghadapi ancaman keganasan yang kian serius.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China