Cari:
Britain Lancar Bedilan ke Syria
2015-12-04 12:31:17 CRI Cetak

Britain tidak menunggu lama untuk melancarkan serangan udara di Syria apabila menge­rahkan lapan pesawat pejuang menggempur kedudukan militan Negara Islam (IS) hari ini, hanya beberapa jam selepas memperoleh lampu hijau daripada Parlimen.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya berkata, dua jet pengebom Tornado GR4 milik Tentera Diraja Britain (RAF) dan enam jet Typhoon yang ditempatkan di Cyprus sejak semalam, selesai me­lakukan serangan pertama terhadap kedudukan IS di Syria.

Menteri Pertahanan, Michael Fallon mengesahkan serangan dilancarkan terhadap enam sasaran di kawasan lapangan minyak dekat Omar yang dikuasai IS di timur Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China