Cari:
Xi Jinping Hadiri Majlis Penutupan Dialog Pemimpin China-Afrika dengan Wakil Sektor Perindustrian dan Perdagangan
2015-12-05 16:57:28 CRI Cetak

Presiden China Xi Jinping menghadiri majlis penutupan Dialog Peringkat Tinggi antara Pemimpin China-Afrika dengan Wakil Sektor Perindustrian dan Perdagangan serta Sidang Usahawan China-Afrika Kelima di Johannesburg Afrika Selatan semalam dan menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Berpimpinan tangan untuk membuka halaman baharu kerjasama China-Afrika".

 Dalam ucapannya, Presiden Xi menegaskan, China dengan ikhlas berharap berkongsi pengalaman industrialisasi China dengan negara-negara Afrika dan bersedia memberi sokongan modal, teknologi dan modal insan kepada proses pengindustrian Afrika. China dan Afrika harus mewarisi tradisi tulus ikhlas dan persahabatan, bekerjasama dan bantu-membantu bagi mencipat masa depan yang cemerlang. Xi Jinping turut mengemukakan cadangan lima perkara tentang kerjasama China-Afrika yang meliputi mengekalkan prinsip kerjasama yang sama rata dan saling menguntungkan, membina komuniti berkongsi nasib China-Afrika, menjalankan kerjasama dengan sikap terbuka dan inklusif, menggalakkan kerjasama pragmatik untuk meningkatkan keupayaan pekerja serta mengekalkan pembangunan mampan mesra alam. Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma, pengerusi bergilir Kesatuan Afrika merangkap Presiden Zimbabwe Robert Mugabe, pemimpin negara-negara Afrika dan lebih 400 wakil usahawan China-Afrika menyertai majlis tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China