Cari:
FBI AS Siasat Kes Tembakan Califonia Selatan Sebagai " Tindakan Pengganas"
2015-12-05 16:58:36 CRI Cetak

Pihak polis bandar San Bernardino Selatan Califonia AS dan Jabatan Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengumumkan beberapa perkara yang disangsikan tentang motif serangan yang berlaku pada 2 Disember lalu. Pegawai FBI berkata, siasatan kes itu dijalankan sebagai "tindakan Pengganas".

Pegawai FBI, David Boudich menyatakan dalam sidang akhbar, pihak polis telah menemui dua telefon mudah alih di tong sampah berhampiran rumah suspek. Mereka berniat memusnahkan jejak digital mereka dalam telefon mudah alih tersebut. Katanya, salah seorang suspek mempunyai kaitan dengan suspek lain yang sedang disiasat oleh FBI. Maka, pihaknya menyiasat kes penembakan tersebut sebagai "tindakan pengganas".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China