Cari:
Bundestag Jerman Luluskan Usul Penyertaan Operasi Membanteras IS
2015-12-05 15:38:44 CRI Cetak

Bundestag Jerman semalam meluluskan usul penyertaan operasi membanteras kumpulan militan Negara Islam (IS) yang dikemukakan oleh kabinet negara itu dengan undi majoriti. Dengan ini, Jerman akan menempatkan pasukan pertama di pangkalan tentera NATO di selatan Turki tidak lama lagi.

Menurut rancangan, misi pasukan tentera Jerman akan tertumpu kepada pemantauan ketenteraan dan logistik, bukan menyertai secara langsung misi pertempuran termasuk serangan udara. Pihak Jerman akan menghantar enam buah pesawat peninjau dan sebuah pesawat penangki minyak selain sebuah kapal pengiring demi melindungi kapal induk pesawat udara "Charles de Gaulle" Perancis. Tindakan yang menghantar 1200 anggota tentera kali ini merupakan tindakan penghantaran pasukan tentera ke luar negara berskala paling besar bagi Jerman setakat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China