Cari:
UNFCCC Luluskan Draf Muktamad Perjanjian Perubahan Iklim
2015-12-06 16:05:04 CRI Cetak

Persidangan ke-21 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) meluluskan draf muktamad perjanjian mengenai perubahan iklim semalam. Draf tersebut merupakan asas bagi perbincangan susulan oleh pegawai peringkat menteri pelbagai negara pada minggu depan.

Berdasarkan draf itu, pencapaian UNFCCC terdiri daripada "perjanjian teras" dan "keputusan persidangan". Perjanjian mengenai perubahan iklim akan merangkumi prinsip, rangka dan peraturan tindakan pelbagai negara untuk menghadapi isu perubahan iklim selepas tahun 2020.

Draf perjanjian itu mempunyai 21 halaman yang melibatkan 26 bahagian penting seperti matlamat, pengurangan, penyesuaian, kerugian, pembangunan dan pemindahan teknologi, pembangunan keupayaan, tahap ketelusan dan lain-lain.

Ketua Perunding China untuk UNFCCC Su Wei berkata, pengeluaran draf perjanjian tersebut amat optimistik. Namun masih wujud perselisihan antara pelbagai pihak, seperti bagaimana melaksanakan prinsip "tanggungjawab bersama tapi berbeza", cara untuk memberi bantuan kepada negara-negara membangun selepas tahun 2020 dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China