Cari:
Britain Membuat Persiapan Perangi IS dalam Jangka Panjang
2015-12-06 16:06:11 CRI Cetak

Menteri Pertahanan Britain Michael Fallon di pangkalan tentera Britain di Cyprus semalam menyatakan, pasukan tentera Britain perlu membuat persiapan untuk memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam jangka masa panjang.

Ketika melawat pangkalan tentera Akrotiri, iaitu pangkalan tentera udara diraja Britain di selatan Cyprus, Michael Fallon menyatakan kepada 200 orang askar Britain bahawa beliau tidak tahu bila operasi ketenteraan terhadap IS akan tamat, namun masa perang ini tidak pendek dan perang ini tidak mudah untuk dijalankan. Katanya, tentera Britain akan melancarkan serangan terhadap IS, termasuk markas komander, pasukan pengangkutan dan infrastuktur kumpulan militan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China