Cari:
Sidang Pleno Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika di Johannesburg
2015-12-06 14:36:24 CRI Cetak

Sidang pleno Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika yang dipengerusikan bersama oleh Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Afrika Selatan, Jacob Zuma diadakan di Johannesburg semalam. Pemimpin, ketua negara atau perwakilan dari 52 buah negara Afrika dan Pengerusi Kesatuan Afrika menghadiri sidang pleno ini. Sidang ini meluluskan "Perisytiharan Johannesburg bagi Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika" dan "Pelan Tindakan Johannesburg(2016-2018) bagi Forum Kerjasama China-Afrika".

Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu berkata, sidang kemuncak yang bertemakan "China dan Afrika Berpimpinan Tangan demi Kerjasama Saling Menguntungkan dan Pembangunan Bersama"ini menggariskan hala tuju perkembangan hubungan China-Afrika dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang. Hubungan China-Afrika ditingkatkan. Pemimpin pelbagai negara turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu rantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama serta mencapai persepakatan yang meluas. Sidang ini mendinamikkan perkembangan hubungan China-Afrika dan memberi jaminan politik kepada kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua-dua pihak.

Pemimpin pelbagai negara turut menyanjung tinggi perisytiharan dan pelan tindakan tersebut. Mereka berpendapat, China melaksanakan kerjasama yang saling menguntungkan dengan Afrika sejak sekian lama dan merupakan rakan Afrika yang paling dapat dipercayai. Mereka komited mempergiat kerjasama keselamatan dengan China demi meningkatkan kemampuan keamanan bagi menjamin kestabilan Afrika.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China