Amerika Syarikat (AS) akan melaksanakan sistem amaran keganasan baharu bagi menghadapi ancaman serangan pengganas dalam situasi baharu.
Demikian diumumkan oleh Setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS (DHS), Jeh Johnson, dalam satu forum anjuran majalah Defense One di Washington semalam.
Menurut beliau, sistem amaran ancaman negara yang sedang digunakan hanya akan dilancarkan ketika muncul ancaman yang "spesifik dan boleh dipercayai". Oleh itu, sistem tersebut tidak pernah dilaksanakan sejak diperkenalkan pada tahun 2011.
Johnson menambah bahawa sistem amaran baharu akan membolehkan rakyat mempunyai maklumat lebih baik mengenai ancaman keganasan. Namun, beliau tidak mendedahkan lebih banyak perincian mengenai sistem tersebut.