Dalam rundingan perubahan iklim di Paris, delegasi China telah memberi sumbangan untuk mempercepat rundingan berkenaan melalui kerjasama erat dengan negara-negara lain.
Demikian pujian daripada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam satu sidang media sempena persidangan perubahan iklim di Paris semalam.
Ban berkata, di samping komited mentadbir urus persekitaran domestik, China juga menyumbang kepada kejayaan rundingan iklim yang sedang dijalankan di Paris.
Beliau berharap lebih banyak negara dapat mencontohi China dalam usaha untuk menangani cabaran perubahan iklim.