Rusia tidak percaya NATO akan tegas dalam usaha membanteras keganasan di Syria. Demikian dinyatakan oleh wakil tetap Rusia ke NATO, Alexander Grushko dalam temu bual menerusi video semalam.
Menurut beliau, NATO tidak akan melaksanakan tindakan yang boleh menamatkan krisis di Syria ke akar umbinya.
Menyentuh bantuan yang dipersetujui NATO untuk meningkatkan pertahanan udara Turki, Grushko berkata, tindakan ini akan memberikan kesulitan kepada pakatan antikeganasan antarabangsa.
Tambah beliau, pelebaran sayap kumpulan militan Negara Islam (IS) di utara Afghanistan tidak boleh menjadi alasan bagi NATO untuk kembali ke negara itu. Penempatan tentera NATO di Afghanistan didapati gagal menghapuskan ancaman keganasan di sana.