Cari:
Wakil China: Perjanjian Iklim Paris Perlukan Sistem Perangsang
2015-12-09 15:44:28 CRI Cetak

Sistem Inventori Berkala disarankan supaya dapat dimasukkan ke dalam Perjanjian Iklim Global yang dijangka dicapai pada Persidangan ke-21 Pihak-pihak Pemeterai Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Paris, minggu ini.

Wakil khas China atas hal ehwal perubahan iklim, Xie Zhenhua mengemukakan cadangan itu ketika bercakap pada sidang media di Paris semalam.

Xie berkata, Sistem Inventori Berkala itu mendapat sahutan daripada Negara-negara BASIC, iaitu Brazil, Afrika Selatan, India dan China, kerana ia dapat membantu seluruh dunia mencapai sasaran pengurangan pelepasan karbon seperti yang dijanjikan.

Dimaklumkan, sistem tersebut adalah satu mekanisme perangsang yang memudahkan pelbagai negara untuk berkongsi pengalaman dan meningkatkan tahap pelaksanaan. Butiran seperti langkah-langkah mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, memberikan sokongan berupa modal dan teknologi kepada negara-negara membangun, dan lain-lain bakal dijadikan komponen sistem berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China