Cari:
Iraq Mahu Tentera Turki Berundur
2015-12-09 15:45:09 CRI Cetak

Kerajaan Iraq dalam kenyataan semalam menggesa agar Turki segera memanggil balik askar-askar negera itu yang memasuki wilayah Iraq secara haram.

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi dalam kenyataan tersebut menegaskan bahawa kedaulatan negara dan keutuhan wilayah adalah tidak boleh dicemari. Menurut beliau, jika askar Turki tidak keluar dalam tempoh 48 jam, Iraq akan menggunakan apa sahaja tindakan yang diperlukan.

Dilaporkan, Iraq memberi tempoh 48 jam kepada

Turki untuk mengundurkan tenteranya yang didakwa memasuki negara terbabit secara haram dan sedia membawa kes berkenaan ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanapun, Kementerian Luar Turki mendakwa, kerahan terbaharu dihentikan buat sementara dan semua askar terbabit yang diarahkan dahulu akan kekal di kedudukan seperti yang ditetapkan di bawah program melatih rakyat Iraq untuk menawan semula bandar-bandar daripada cengkaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China