Cari:
MOFCOM: China Hormati Peraturan WTO
2015-12-10 13:29:38 CRI Cetak

China sentiasa menghormati peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), dan mengekalkan usaha untuk memajukan industri pembuatan penerbangan dengan cara yang konsisten dengan peraturan tersebut.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan China (MOFCOM) semalam.

Pada 8 Disember lalu, AS mengemukakan permintaan untuk berunding dengan China di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian WTO berhubung tindakan China mengenakan cukai berlainan terhadap pesawat buatan asing dan domestik.

Menurut MOFCOM, China telah menerima permintaan tersebut dan akan menangani isu itu mengikut prosedur penyelesaian pertikaian WTO.

China turut menyatakan rasa kesal atas tindakan AS tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China