Penggunaan produk budaya di China mengekalkan trend peningkatan yang pesat. Dalam pada itu, jumlah penggunaan produk budaya baru muncul dan budaya internet terus bertambah.
Demikian makluman dalam sidang media Kementerian Kebudayaan China di Beijing semalam.
Menurut statistik tahun 2014, jumlah penggunaan per kapita China meningkat 9.6% berbanding dengan tahun sebelumnya. Antaranya, perbelanjaan dalam penggunaan produk budaya termasuk hiburan naik 16.4%.