
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, dan Dewan Negara China mengadakan majlis pemujaan negara untuk mangsa-mangsa dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai Nanjing 2015 di Balai Peringatan Mangsa-Mangsa dalam Tragedi Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing Semasa Perang Pencerobohan Tentera Jepun terhadap China di Nanjing pagi tadi.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Li Jianguo ketika menghadiri majlis itu manyampaikan ucapan menegaskan, memperingati mangsa-mangsa dan mengutuk kekejaman pencerobohan bukan untuk mengekalkan kebencian, tetapi untuk membangkitkan kerinduan rakyat terhadap kedamaian, dan untuk bersama-sama mencipta masa depan yang aman dan indah.









