Presiden AS, Barack Obama berpendapat, Perjanjian Paris merupakan "titik balik" bagi dunia menghadapi perubahan iklim. Ia menubuhkan rangka berkekalan mengenai penyelesaian krisis iklim, dan memberi isyarat yang kuat tentang dunia ini akan berusaha berkembang ke arah karbon rendah. Namun, kita tidak boleh terus leka dengan adanya perjanjian itu, kerana masalah iklim tidak mungkin diselesaikan semuanya dengan hanya melalui suatu perjanjian sahaja.
Kanselor Jerman, Angela Merkel berkata, dalam dasar iklim global, Paris dilihat akan berkaitan dengan titik perubahan sejarah itu untuk selama-lamanya.
Perdana Menteri Britain, David Cameron menyatakan, Perjanjian Paris bukan sahaja mempamerkan perpaduan masyarakat antarabangsa, tetapi juga memelihara bumi untuk generasi akan datang. Perjanjian itu merupakan "langkah konci" untuk pembangunan dunia pada masa depan.