Cari:
Perjanjian Baharu Iklim Global Diluluskan
2015-12-13 15:24:12 CRI Cetak

Perjanjian baharu perubahan iklim global yang mempersiapkan pengaturan untuk menangani perubahan iklim pasca 2020 telah diluluskan dalam Persidangan Perubahan Iklim Paris malam tadi.

Hampir 200 pihak pemeterai Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) bersepakat meluluskan Perjanjian Paris yang mengandungi 29 fasal utama seperti sasaran, peredaan, penyesuaian, kerugian dan kemusnahan, modal, teknologi, keupayaan, ketelusan, dan inventori global. Menurut perjanjian itu, pelbagai pihak akan mengintensifkan usaha dalam lingkungan sejagat bagi memastikan kenaikan suhu kurang daripada 2 darjah selsius berbanding masa sebelum zaman pengindustrian, dan menjadikan pelepasan gas rumah hijau dalam pertengahan kedua Abad Ke-21 nanti tidak menyumbang lagi kepada kenaikan suhu.

Wakil Khas China tentang Urusan Perubahan Iklim, Xie Zhenhua ketiak berucap dalam persidangan itu berkata, China akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam melaksanakan "Perjanjian Paris", dan memdorong mekanisme menangani perubahan iklim sejagat berdasarkan kerjasama muafakat bestari.

Setiausaha Agung PBB, Ban Kin-moon menyifatkan Perjanjian Paris sebagai batu tanda yang signifikan dalam usaha menangani perubahan iklim sejagat. Perjanjian yang penuh aspirasi, fleksibel serta boleh dipercayai dan berterusan ini memperlihatkan sikap fleksibel dan perpaduan pelbagai pihak dalam hal ini.

Presiden Peracins, Francois Hollande pula berkata, Perjanjian Paris itu bukan titik akhir, sebaliknya titik permulaan dalam usaha menangani perubahan iklim. Beliau juga berjanji bahawa kerajaan Perancis akan membuat segala persiapan untuk melaksanakan perjanjian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China