Cari:
Pemilihan Pertama yang Disertai Kaum Wanita di Arab Saudi
2015-12-13 15:25:19 CRI Cetak

Pengundian pemilihan Jawatankuasa Perbandaran Arab Saudi diadakan pagi semalam. Ini merupakan pemilihan pertama yang disertai oleh kaum wanita di negara itu.

Jumlah pengundi wanita yang berdaftar mencatat 130 ribu orang. Manakala jumlah pengundi lelaki mencecah 1.3 juta orang. Oleh yang demikian, kemungkinan bagi kemenangan calon wanita dianggap amat tipis.

Jawatankuasa Perbandaran merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang dibentuk melalui pemilihan umum. Tugas utama jawatankuasa itu adalah membina dan memelihara kemudahan perkhidmatan awam di kawasan bandar. Seramai 7,000 orang calon dilaporkan menyertai pemilihan umum kali ini bagi merebut lebih 2,000 buah kerusi. Antaranya calon wanita ialah 979 orang. Namun terdapat lebih 1,000 buah kerusi lagi akan dilantik oleh Kementerian Hal-ehwal Bandar dan Luar Banda negara itu, dengan sebahagian jatah dijangka akan diberikan kepada golongan wanita.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China