Cari:
Tangani Perubahan Iklim Sejagat: China Alu-alukan Perjanjian Paris
2015-12-13 15:26:11 CRI Cetak

China mengalu-alukan Perjanjian Paris serta pelbagai persepakatan lain yang dicapai oleh pihak-pihak pemeterai Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Paris semalam. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam.

Hong berkata, Perjanjian Paris telah menetapkan pengaturan usaha antarabangsa dalam menangani perubahan iklim selepas tahun 2020. Ia merupakan satu perjanjian yang komprehensif, seimbang dan besar hasilnya, di samping mencerminkan keprihatinan pelbagai pihak. Perjanjian itu telah menegaskan semula prinsip UNFCCC yang mengenakan tanggungjawab bersama, tetapi berbeza kepada pelbagai negara dalam menangani perubahan iklim sejagat.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China