Cari:
16 Terkorban dalam Serangan Letupan Kereta di Homs, Syria
2015-12-13 15:26:42 CRI Cetak

Jumlah kematian akibat serangan letupan kereta yang berlaku di pusat bandar Homs, bahagian pertengahan Syria kini meningkat kepada 16 orang. Manakala, 54 lagi cedera dalam kejadian tersebut.

Kejadian itu berlaku apabila sebuah kereta yang dipercayai membawa 150 kilogram bahan letupan meletup di tempat berhampiran dengan sebuah hospital kerajaan di bandar Homs. Beberapa minit selepas itu, letupan tong gas berlaku di sebuah kedai yang berhampiran, menyebabkan beberapa orang kakitangan yang terlibat dalam operasi penyelamatan cedera.

Masih belum terdapat sebarang pertubuhan atau individu menyatakan bertanggungjawab atas serangan tersebut setakat ini.

Homs, bandar ketiga terbesar di Syria, adalah antara salah sebuah tempat yang paling awal menyaksikan tercetusnya konflik. Kebanyakan penduduk di tempat kejadian serangan itu merupakan penyokong kerajaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China