Cari:
Tu Youyou: Perubatan Tradisional Boleh Beri Sumbangan Lebih Besar
2015-12-13 15:27:16 CRI Cetak

Ahli farmakologi China, Tu Youyou, pemenang Hadiah Nobel tahun 2015 bagi kategori fisiologi atau perubatan menyatakan hasrat supaya orang ramai terus memberikan perhatian kepada perubatan tradisional Cina.

Tu Youyou, berusia 84 tahun selepas menghadiri majlis penyampaian Hadiah Nobel di Stockholm, Sweden semalam turut melahirkan keyakinan bahawa Artemisinin dan perubatan tradisional Cina boleh memberikan sumbangan yang lebih besar kepada manusia.

Menurut beliau, kemenangannya dalam meraih Hadiah Nobel atas penggunaan Artemisinin dalam rawatan pesakit malaria merupakan satu peluang yang amat baik untuk mempromosi perubatan tradisional Cina. Interaksi antara perubatan tradisonal Cina dan ilmu perubatan pelbagai negara diharapkan akan dijalankan dengan lebih aktif supaya perubatan tradisional Cina lebih diketahui di peringkat antarabangsa.

Setiausaha Panel Penilai Artemisinin Hadiah Nobel bagi kategori fisiologi atau perubatan, Urban Lendahl berkata bahawa ubat mengandungi Artemisinin yang diselidik oleh Tu Youyou berdasarkan keilmuan perubatan tradisional Cina merupakan ubat yang amat berkesan bagi merawat penyakit malaria, dan kecemerlangannya terbukti dalam menyelamatkan berjuta-juta nyawa di dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China