Cari:
Rundingan Peringkat Naib Menteri Rok-DPRK Gagal Berhasil
2015-12-13 15:27:54 CRI Cetak

Rundingan Peringkat Naib Menteri selama dua hari antara Korea Selatan(RoK) dan Korea Utara(DPRK) berakhir di Taman Industri Kaesong, DPRK semalam. Rundingan tersebut gagal mencapai persepakatan ekoran percanggahan pendapat yang agak besar antara kedua-dua pihak. Tarikh bagi mengadakan rundingan seterusnya juga tidak dapat ditentukan.

Rok dan DPRK masing-masing menghantar 3 orang pegawai bagi menghadiri rundingan kali ini yang bertujuan menyelesaikan sesetengah isu yang masih tergantung selama ini.

Ketua delegasi RoK dalam sidang akhbar selepas rundingan itu berkata, antara isu-isu yang menjadi tumpuan RoK termasuk anggota keluarga yang terpisah di kedua-dua negara, dan saluran interaksi mengenai isu alam sekitar, kehidupan rakyat dan kebudayaan serta penubuhan Taman Ekologi dan Kedamaian di kawasan bebas ketenteraan. Manakala, DPRK mengesyorkan supaya mengaitkan pengoperasian semula program pelancongan di Gunung Kumgang dengan isu anggota keluarga yang terpisah, di samping menuntut perjanjian mengenai pelancongan di Gunung Kumgang ditandatangani dengan lebih awal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China