Cari:
China Tegas Menentang Pertikaian Laut China Selatan Diruncingkan
2015-12-14 15:34:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China mempertahankan kedaulatan negara serta melindungi hak dan kepentingan maritim yang sah dan munasabah tersendiri dengan menghormati fakta sejarah, undang-undang antarabangsa berkenaan dan pelbagai konsensus yang telah dicapai antara China dengan negara anggota ASEAN. China dengan tegas menentang tindakan salah yang dilakukan oleh beberapa negara dan kuasa di luar rantau ini untuk meruncingkan pertikaian dan mewujudkan ketegangan di perairan Laut China Selatan.

Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian Seminar mengenai Situasi Antarabangsa dan Diplomasi China yang diadakan di Beijing baru-baru ini.

Wang berkata, China juga bersedia mengadakan dialog dan rundingan dengan negara terbabit untuk menangani pertikaian dan menguruskan perselisihan, selain bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk memelihara ketenteraman serta kebebasan pelayaran dan penerbangan di perairan Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China