Cari:
Iraq Mahu Selesaikan Krisis dengan Turki Secara Politik
2015-12-14 11:28:30 CRI Cetak

Iraq mengekalkan untuk menyelesaikan krisis dengan Turki melalui kaedah politik. Demikian kata Menteri Luar Iraq, Ibrahim Jafari di Baghdad semalam.

Dalam sidang media semalam, Jabari menyatakan bahawa Iraq tidak mengizinkan sebarang negara membina pangkalan tentera di wilayah Iraq, sebaliknya hanya mengizinkan penasihat ketenteraan negara lain menjalankan kerjasama dengan negaranya di pangkalan tentera Iraq.

Baru-baru ini, satu batalion tentera Turki memasuki wilayah Iraq dan ditempatkan di sekitar bandar Mosul, bandar kedua terbesar Iraq yang diduduki kumpulan militan Negara Islam (IS). Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyatakan kepada media pada 10 Disember lalu bahawa pasukan Turki itu bukan terdiri daripada anggota tentera bertempur, mereka sebenarnya pensyarah dan Turki tidak akan mengundurkan mereka dari Iraq.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China