Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika mempengerusikan Mesyuarat Perdana Menteri Negara-negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-14 di bandar Zhengzhou, provinsi Henan padi tadi mengemukakan cadangan untuk membina enam platform kerjasama SCO, selain mengutamakan tiga sektor tradisional, iaitu keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya.
Keenam-enam platform tersebut termasuk memperkukuh platform kerjasama keselamatan, membina platform kerjasama kapasiti pengeluaran, mempercepat pembinaan platform kerjasama kesalinghubungan, menginovasikan platform kerjasama kewangan, membina platform kerjasama perdagangan serantau dan membina platform kerjasama kesejahteraan masyarakat.