Cari:
Li Keqiang Hadiri Majlis Keraian SCO
2015-12-15 13:13:22 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menghadiri majlis keraian yang diadakan untuk pemimpin yang menghadiri Mesyuarat Perdana Menteri Negara-negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-14 di bandar Zhengzhou, provinsi Henan malam tadi.

Para hadirin antaranya termasuklah pemimpin dari Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan, Pakistan, Afghanistan dan Mongolia.

Li Keqiang dalam majlis itu menyatakan bahawa penyertaan para pemimpin dari negara anggota SCO, negara pemerhati SCO dan wakil pertubuhan antarabangsa dalam mesyuarat kali ini telah menunjukkan peningkatan pengaruh SCO di arena antarabangsa. Memandangkan pemulihan ekonomi dunia yang perlahan dan banyak negara berdepan dengan tekanan kemerosotan ekonomi, China berharap agar mesyuarat kali ini dapat menggalakkan penyelarasan strategi pembangunan antara pelbagai negara, meningkatkan kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa dan mendorong pertukaran pendapat pelbagai negara mengenai isu antarabangsa dan serantau yang menjadi tumpuan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China